Pages

Sunday, November 20, 2011

Slow Windows 7?? - Optimize It!!!

Selama aku menggunakan laptop dengan Windows 7 ni, aku selalu rasa bosan sebab system run teramatlah lembab. Sekali klik, lepas tuh lagging. Kene tunggu a few seconds then baru dia run system. Memang menyakitkan hati.


Tapi, selepas aku google kat pakcik google, aku jumpa satu link yang ajar aku cara untuk improve Windows 7 untuk run smoothly.


Hasilnya, memang terbukti laju...!!!! :)


So, kepada yang nak cuba untuk optimizekan Windows 7 korang, bolehlah cuba try.


Klik di sini.

Wednesday, November 16, 2011

Minimo - X ~ Pin Hole Effect

Salah satu ciri Lomography yang aku suka ialah Pin Hole Effect. Effect ini di adaptasikan daripada kamera pin hole yang mana kebanyakannya diperbuat daripada kotak mancil secara DIY.


Bila tengok gambar-gambar Pin Hole Effect ni, seolah-olah macam kita sedang mengintai daripada lubang celah dinding. Hehehehe. Skodeng yeeee....





























Superimposed Lomography - Test & Trial

Saje-saje testing try and error teknik superimposed dengan menggunakan camera digital Lomography


Mintak rakan-rakan komen ye....Thanks






























Lepas nih perlu asah lagi skill-skill agar hasilkan imej yang lebih 'cool'....huhuhuhu

Monday, November 14, 2011

Recesky Twin Lens Reflect (TLR) Camera - I Loike!!!

~~Lens Berkembar - Appearance of OldSkool - Thumbs UP!!~~

Semalam aku telah menerima bungkusan Pos Laju yang berisi set Recesky TLR camera DIY yang aku beli daripada seller di Lelong.com.my. Harga yang aku berjaya bid ialah RM 50 dan postage RM 10. Jadi jumlah harga kamera ini ialah RM 60. Murah ke mahal??? Sendiri jawab dalam hati saja. ;)



Dengan hati berkobar-kobar dan tak sabarnya, aku buka bungkusan PosLaju untuk melihat set Recesky ni secara real. Memang teruja la. Mujurlah aku terlebih dahulu membeli set screwdriver kecil untuk memasang kamera Recesky ni. Jadi, tidak menjadi masalah untuk aku terus memasang kamera TLR ini.




Untuk makluman ringkas, set DIY kamera Recesky ini merupakan barangan buatan China. Diperbuat daripada plastik keras, berwarna hitam. Senang cerita, segalanya PLASTIK. Sampai ke kanta lens pun plastik. Apabila bahan plastik, maknanya-----RINGAN.



Bersama-sama set DIY ini ialah buku ringkas mengenai cara-cara untuk memasang kamera Recesky ini. Tetapi, malangnya arahan kerjanya ditulis dalam bahasa Cina. Terpaksalah mengikut cara pemasangan langkah demi langkah berpandukan gambar rajah sahaja. Bagi yang begitu aktif layan main TAMIYA atau apa jua mainan yang seangkatan dengannya, pasti tidak kekok untuk follow arahan kerja untuk memasang Recesky ini.



Bermulalah satu demi satu aku pasang kamera ini. Sebagai maklumat, korang memerlukan screwdriver halus dan kecil jenis 'bunga' atau (+) untuk memasang kamera ini. Dalam arahan kerja yang diberi, tempoh pemasangan kamera ini mengambil masa kira-kira 1 jam untuk siap. Namun aku memerlukan 1 jam 30 minit untuk siap dengan beberapa minor errors.







Terdapat beberapa perkara penting perlu dititikberatkan ketika memasang, seperti tangan yang bersih terutama ketika mengendalikan lens dan cermin pemantul. Jangan mengikat skru dengan terlalu kuat untuk mengelakkan plastik pecah. Jangan mengikat skru dengan kuat dan kemas melainkan korang dah sure bahawa apa yang korang buat itu betul. Ini kerana penggunaan skru pada plastik tidak boleh dibuka dan diikat banyak kali sebab ia boleh membuatkan skru menjadi 'Loose'.  Walaubagaimanapun, semuanya akan diterangkan di dalam buku manual. (dalam bahasa Cina)





p/s: Main TLR nih best, orang pelik je cara kita ambil gambar....hehehe..